Selasa, 27 Oktober 2009

Huhuhu.... arini boss aku mengamuk tp, dia tak marah aku... (aku agak la...) dia cakap masa morning briefing... meeting yang biasanye makan masa max pun sejam dah jadi 2 jam... huhuhu...aku rasa ramai yang macam tension... jd, aku pun buat inisiatif utk mencari cara2 mengurangkan stress... try la ikut.... memang berkesan... aku dah try dah....

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup, antaranya ialah :

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
    Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
    Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.
  • Banyakkan solat sunat
    Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
    Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
  • Bersangka baik dengan Allah
    Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
    Orang ramai selalu berkatan bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
    Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
    Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
    Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuru oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.
  • Cintai diri sendiri
    Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Keletah HAni...


Mesti semua orang tak tau, sapa hani ni... hani ni la buah hati papa n ummie dia... anak aku la...

Aritu, ktorang bawa dia gi A Famosa animal world... sempena befday papa dia la... dia tak minat pun dgn show2 animal tu... dia buat show dia sendiri je...

tapi, yang bestnye, bila sampai je hotel, lepas je dia dibaringkan atas katil, terus dia menunjukkan rasa suka yang teramat sangat.... bergolek2 sambil berzikir dan senyuman lebar di bibir...

agaknye penat kot orang pegang je dia... dia bukannye suka baring / duduk dalam stroller dia tu...

anyway, I love you so much baby...


tgkla betapa dia suka bila nampak makanan...

Jumaat, 16 Oktober 2009

PTD...

Huhu... akhirnye aku dah lulus dah semua stage untuk menjadi seorang PTD...

Untuk yang tak tau, PTD tu adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik. hehehe... keje dia ni ada banyak cabang... depends on the minstry or Jabatan mana lah yang ditempatkan... buat masa ni, aku tak tau lagi aku kena ditempatkan kat jabatan mana... huhuhu... tp, jawatan ni kontrak je, sebab sekarang ni, jwtn tu memang untuk kontrak je...

Untuk jadi PTD, ada beberapa step yang perlu ditempuh...:

1) Exam bertulis (aku fail sampai 2 kali, kali ke 3 baru lulus. Itupun, masa aku mengandungkan fateen 7 bulan)
- exam ni ada 5 bahagian :
(a) Pengetahuan Am : Ni memang kertas yang tough. kalau kita ni bukan jenis yang suka tgk surat khabar, or berita, memang tak tau la nak jawab - bahagian ni la yang aku rasa aku selalu fail.
(b) Daya menyelesaikan masalah : Ni macam kertas matematik gak. tp, tak boleh pakai knowledge korang. kena guna logik akal. sebab, soalan ada banyak n susah, tapi, masa sikit sangat - bahagian ni, bahagian favourite aku, sebab, aku memang suka guna otak logik aku ni. aku selalu kata kat husband aku yang dia akan fail kalau amik paper ni. huhuhu... papa, jgn marah...
(c) Pemahaman esei BM & BI : Bahagian ni, aku ok je. tak la teror, tapi, tak la teruk sangat.
(d) Esei Bahasa Melayu (500 patah perkataan) : Macam senang je, tapi, susah sebanarnye bagi aku yang macam hancus je bahasa ni. selama ni, aku buat karangan yang aku perasan sedap, dan berjela2, aku fail je test PTD ni... tp, exam yang aku lulus tu, aku buat esei pendek giler... cecukup je 500 patah perkataan.
(e) Esei Bahasa Inggeris : Bahagian ni, kena buat karangan la... bahagian ni, aku biasa je.. tak teror, tak la bengong sangat.


2) PTD Assessment Centre (PAC)
Masa kat stage ni, memang menguji keimanan aku
a) dah la jauh... buat kat Johor. Kalau kat Jb takpe la... ni, kat Batu PAhat... terpaksala aku drive dari JB (umah family mertua) ke sana pepagi buta tu... sebab masa perjalan 45minit. program stat kul 8. takkan nak datang on time je, kan... so, aku gerak lepas solah subuh, lebih kurang kul 6.30 la....
b) ujian fizikal. Aku masa tu baru lepas pantang... stamina memang teruk giler... kena lari sepadang.... dan bersenam pada pukul 2.30pm. waktu matahari tegak kat atas kepala lagi... huhuhu...
c) Ujian Perdebatan dan perbincangan: ada 2 seksyen-satu, BM, satu lagi in English.... memula english, aku memang la ketaq giler, dah la kita kena bercakap dengan orang yang kita tak kenal dan nak kena beri pendapat yang bernas dan ada fakta. aku ingat BM senang la, hurm... harek... dia suruh berdebat dan kena menang. than, kena plak tunjuk fakta dan kena kaitkan dengan keadaan semasa.

3) Interview
Bahagian ni la yang paling getir. Ada 2 orang penemuduga... huhu... ni in bilingual. kalau dia tanya in English, aku jawab la in English. kalau dia tanya in BM, aku jawab la in BM... terkucil rasanye masa nak tunggu turn... aku datang kul 8, kul 130pm baru balik... huhuhu... dia soal aku je selama 45 minit....soalan yang paling best, sapa suruh awak amik course ni (degree akula), aku rasa sebab pointer aku rendah sangat tapi, dia rasa aku boleh buat better (ayat perasan... :P)
Lagi soalan power, apa kaitan KPI, KRA dengan Belanjawan negara... soalan ni in english plaktu... huhu...tp, aku berjaya menjawab semua soalan even aku tak berapa yakin dengan jawapan aku...

aku rasa, tak panjang sangat aku menceceh dalam ni. saja je nak kongsi pengalaman yang aku lalui untuk bergelar PTD....