Rabu, 25 November 2009

perkembangan hani...

dah lama tak post kat sini... huhuhu... ingatkan nak cerita pasal perkembangan hani..tapi, tak best la cerita kalau takde gambar... hurm... takpela, lain kali aku cerita la... gambar tak bawa sekali la...

Selasa, 27 Oktober 2009

Huhuhu.... arini boss aku mengamuk tp, dia tak marah aku... (aku agak la...) dia cakap masa morning briefing... meeting yang biasanye makan masa max pun sejam dah jadi 2 jam... huhuhu...aku rasa ramai yang macam tension... jd, aku pun buat inisiatif utk mencari cara2 mengurangkan stress... try la ikut.... memang berkesan... aku dah try dah....

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup, antaranya ialah :

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
    Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
    Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.
  • Banyakkan solat sunat
    Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
    Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
  • Bersangka baik dengan Allah
    Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
    Orang ramai selalu berkatan bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
    Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
    Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
    Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuru oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.
  • Cintai diri sendiri
    Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Keletah HAni...


Mesti semua orang tak tau, sapa hani ni... hani ni la buah hati papa n ummie dia... anak aku la...

Aritu, ktorang bawa dia gi A Famosa animal world... sempena befday papa dia la... dia tak minat pun dgn show2 animal tu... dia buat show dia sendiri je...

tapi, yang bestnye, bila sampai je hotel, lepas je dia dibaringkan atas katil, terus dia menunjukkan rasa suka yang teramat sangat.... bergolek2 sambil berzikir dan senyuman lebar di bibir...

agaknye penat kot orang pegang je dia... dia bukannye suka baring / duduk dalam stroller dia tu...

anyway, I love you so much baby...


tgkla betapa dia suka bila nampak makanan...

Jumaat, 16 Oktober 2009

PTD...

Huhu... akhirnye aku dah lulus dah semua stage untuk menjadi seorang PTD...

Untuk yang tak tau, PTD tu adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik. hehehe... keje dia ni ada banyak cabang... depends on the minstry or Jabatan mana lah yang ditempatkan... buat masa ni, aku tak tau lagi aku kena ditempatkan kat jabatan mana... huhuhu... tp, jawatan ni kontrak je, sebab sekarang ni, jwtn tu memang untuk kontrak je...

Untuk jadi PTD, ada beberapa step yang perlu ditempuh...:

1) Exam bertulis (aku fail sampai 2 kali, kali ke 3 baru lulus. Itupun, masa aku mengandungkan fateen 7 bulan)
- exam ni ada 5 bahagian :
(a) Pengetahuan Am : Ni memang kertas yang tough. kalau kita ni bukan jenis yang suka tgk surat khabar, or berita, memang tak tau la nak jawab - bahagian ni la yang aku rasa aku selalu fail.
(b) Daya menyelesaikan masalah : Ni macam kertas matematik gak. tp, tak boleh pakai knowledge korang. kena guna logik akal. sebab, soalan ada banyak n susah, tapi, masa sikit sangat - bahagian ni, bahagian favourite aku, sebab, aku memang suka guna otak logik aku ni. aku selalu kata kat husband aku yang dia akan fail kalau amik paper ni. huhuhu... papa, jgn marah...
(c) Pemahaman esei BM & BI : Bahagian ni, aku ok je. tak la teror, tapi, tak la teruk sangat.
(d) Esei Bahasa Melayu (500 patah perkataan) : Macam senang je, tapi, susah sebanarnye bagi aku yang macam hancus je bahasa ni. selama ni, aku buat karangan yang aku perasan sedap, dan berjela2, aku fail je test PTD ni... tp, exam yang aku lulus tu, aku buat esei pendek giler... cecukup je 500 patah perkataan.
(e) Esei Bahasa Inggeris : Bahagian ni, kena buat karangan la... bahagian ni, aku biasa je.. tak teror, tak la bengong sangat.


2) PTD Assessment Centre (PAC)
Masa kat stage ni, memang menguji keimanan aku
a) dah la jauh... buat kat Johor. Kalau kat Jb takpe la... ni, kat Batu PAhat... terpaksala aku drive dari JB (umah family mertua) ke sana pepagi buta tu... sebab masa perjalan 45minit. program stat kul 8. takkan nak datang on time je, kan... so, aku gerak lepas solah subuh, lebih kurang kul 6.30 la....
b) ujian fizikal. Aku masa tu baru lepas pantang... stamina memang teruk giler... kena lari sepadang.... dan bersenam pada pukul 2.30pm. waktu matahari tegak kat atas kepala lagi... huhuhu...
c) Ujian Perdebatan dan perbincangan: ada 2 seksyen-satu, BM, satu lagi in English.... memula english, aku memang la ketaq giler, dah la kita kena bercakap dengan orang yang kita tak kenal dan nak kena beri pendapat yang bernas dan ada fakta. aku ingat BM senang la, hurm... harek... dia suruh berdebat dan kena menang. than, kena plak tunjuk fakta dan kena kaitkan dengan keadaan semasa.

3) Interview
Bahagian ni la yang paling getir. Ada 2 orang penemuduga... huhu... ni in bilingual. kalau dia tanya in English, aku jawab la in English. kalau dia tanya in BM, aku jawab la in BM... terkucil rasanye masa nak tunggu turn... aku datang kul 8, kul 130pm baru balik... huhuhu... dia soal aku je selama 45 minit....soalan yang paling best, sapa suruh awak amik course ni (degree akula), aku rasa sebab pointer aku rendah sangat tapi, dia rasa aku boleh buat better (ayat perasan... :P)
Lagi soalan power, apa kaitan KPI, KRA dengan Belanjawan negara... soalan ni in english plaktu... huhu...tp, aku berjaya menjawab semua soalan even aku tak berapa yakin dengan jawapan aku...

aku rasa, tak panjang sangat aku menceceh dalam ni. saja je nak kongsi pengalaman yang aku lalui untuk bergelar PTD....

Selasa, 29 September 2009

Fatin Hannani dah 5month....

Hahaha.. aku nak kongsi apa yang sepatutnye baby yang dha 5bulan tahu...

Repeating her favourite sounds

Advertisement

Your baby is adding new sounds to her language repertoire, and her current favourite is probably blowing a raspberry or making bubbles. At this age, it's common for babies to become so enthralled by one of their newfound abilities that they get stuck on it for a while. This is a normal developmental process. Most babies master one skill before moving to the next. Hearing the same sound over and over can get annoying, but learning patience now will prepare you for the endless string of "nos" and "whys" you'll be hearing when she is a toddler.

Strong enough to feed herself


Though she may be able to hold her own bottle now, don't prop your baby up and let her feed herself just yet. She'll be better able to sit up by herself and grasp small objects sometime after six months. This month, continue using feed times to cuddle, hold and nurture your baby -- she'll be fiercely independent and resisting your kisses and snuggles soon enough. Your baby's probably showing more signs that she's ready for solids -- from a lessened tongue-thrust reflex to a keener interest in the foods you and other people are eating. However, breastmilk or formula is all she needs until she is six months old.

Learning about cause and effect


Your baby's ability to interact with you, others and her surroundings is growing daily. At this stage, she may start playing little games as she begins to understand that simple actions have results. She may drop objects just to watch you pick them up, or to see how and where they fall. Tiring as it sounds, you'd better get used to it. In a few weeks, this will be accompanied by fits of giggles.

Able to see small objects and subtle colours


Your baby's getting better at spotting very small objects and tracking moving things. At this point, your child may be able to recognise an object after seeing only part of it -- the basis of little hide-and-seek games you'll be playing in the coming months.

Earlier, your baby learned to distinguish between similar bold colours. Now she's beginning to sort out subtle differences in pastels.

Honing in on sounds


Your baby now realises where sounds come from, and she'll turn quickly toward a new one. One of the most appealing ways to engage her is to jingle a set of keys. Wind chimes are great attention-getters, too. Your baby may watch your mouth intently when you speak now, and try to imitate inflections and utter consonant sounds such as "m" and "b." Five-month-olds can recognise their own name now. Notice how your little one turns her head when you call her or talk about her with others.

Easily distractible now


When your baby starts fussing at the supermarket this month, you may be able to distract her for a short time. Try engaging her with funny faces or a round of Incy-Wincy Spider. Clapping your hands or giving her something to hold can work too.

A growing range of emotions


Babies can't express their emotions in the same complex way that adults do. While they do let you know when they're angry, bored or happy, they can't express love or humour in the first few months, but that's beginning to change. By five months your baby shows a strong attachment to you by raising her arms when she wants to be picked up and crying when you leave the room. She may also give you hugs and kisses. And she's beginning to get the joke -- she'll laugh at funny expressions or positions and try to make you laugh, too.

For many parents, this is when the fun begins. You'll find yourself regressing back to childhood as you make silly faces and nonsense sounds, or play at pantomime and mimicry.

Isnin, 28 September 2009

Malasnye nak keje...

Yuhu.... hari ni dah start keje dah... kuikuikui... malas giler nak keje...

Apa ye nak citer.... ni nak citer pasal kejadian di hari raya... ianye berlaku kelmarin...
aku terkunci kat garaj umah aku... kelam kabut la jadinye... nak kuar tak boleh, nak masuk pun tak boleh... pagar rumah aku bermangga...kuikuikui...cian aku... nasib baik, aku teringat jiran aku pernah buka pagar dia bila dia lupa bawa kunci pagar...

berbalik pada cerita first day keje ni... aku rasa, mesti ramai orang yang merasakan perkara yang sama macam aku... dah lupa dah, apa yang patut aku buat...dalam 10 minit gak la aku termangu seketika...

sebenarnya aku takot gak...sebab, aku ada tender notis berhenti kat bos aku masa dia dah stat cuti... harini baru dia kerje dan kemungkinan, harini gakla dia baru baca notis aku tu... aku berdebar gak la nak tgk reaksi dia... bukan kat sini tak bagos... tapi, tempat baru tu sangat dekat dgn umah ibu aku (dalam 15 minit je)... lagi satu, tempat baru tu offer tinggi sangat... beza RM500 dari keje sekarang ni...ntahla... aku lebih mengharapkan PTD... tak tau la macamana nasib aku... resultnye kuar 12hb ni...lagi 2 minggu je...

okla... ms lunch dah tamat... actually, today, I'm fasting... dats why boleh tulis blog ni... kalau tak, time ni time aku melantak dah ni...

Khamis, 17 September 2009

Persiapan Raya...

Huhuhu... tahun ni, husband tak dapat bonus... kerajaan bagi pada kumpulan sokongan je...

tapi, takpelah... raya tetap raya... ukur baju di badan sendiri... kurang budget, kurang la beliannye...hehehe... buat la ala kadar je... untuk pengetahuan semua, aku tak amik pun baju yang aku tempah lagi... kuikui...

Baju Papa : cukupla baju melayu, sluar jeans 2 and t shirts... no kasut or selipar...
Baju Ummie : Nasib baik mama dah buatkan baju 2 pasang... tempah baju 2 pasang...lain takde la... huhuhu...
Hani : Baju dia ni yang paling byk... dekat spuluh pasang... siap kasut, and stroller dia... yang penting, dia dapat baju kurung satu... hehehe

Kuih raya : semua beli... biskut ke, kerepek ke... termasuklah kuih raya umah ibu..
Rumah : Apa yang ada je...

Duit raya : turun dari RM 1000 ke RM 800... iyela, keluarga ramai...

okla... nak balik dah ni... jumpa lagi nanti...

Kehidupan berkeluarga...

Ni la ruang tamu rumah aku yang terbaru...

Dah lama rasanye tak singgah sini.. aku ni, orang ada blog, aku nak ada blog...
tak sangka dah setahun 4 bulan dah aku berkahwin... hani pun dah 4 bulan lebih...

aku baru je terbaca blog bobo (My sushine)... dia ada cerita tentang stage of merriage.. alhamdulillah, aku dah lalui sampai stage 3. stage di mana aku dah ada baby and berusaha bersama suami untuk membesarkan anak yang sorang tu.. (baru sorang)

bila dah kawin, kita dah takde hidup privacy... (ini definisi aku)...semua kena kongsi dgn husband... rasa bersalah kalau tak kongsi... ni perbezaan antara hidup single dan hidup berkeluarga dari segi pandangan aku la...:

1) dulu aku tido sensorang, kini dah kena kongsi bilik dgn orang lain (husband la...)
2) dulu nak belanja apa pun tak yah kisah nak beli untuk orang lain, kini, nak mkn mc d pun ingat kat abang, makan ke tidak dia tu...
3) dulu, gosok baju sendiri je... tak payah nak pedulikan baju orang lain... kini, dah nak kena gosok baju husband la plak...
4) dulu, tak panah nye nak masak, kini, dah kena belajar masak untuk di makan...
5) dulu, kemas bilik sendiri je... kini dah nak kna kemas rumah sendiri...
6) dulu solah sendirian... kini dah ada imam...
7) dulu, tak kisah pun tinggal sensorang, kini, tak boleh la kalau sensorang, sunyi la rasanye...

banyak lagi sebenarnye... tp, yang paling penting, dulu, perut aku tak bucit, sekarang, perut aku dah buncit sikit... huhuhu... badan dah gemuk....

Khamis, 13 Ogos 2009

Lulus PAC...yuhuu....

Baca tajuk blog ni, macam apa2 ntah... tapi, kalau korang tgk muka aku skarang ni, korang akan nampak betapa gembiranye aku... setelah bersusah payah menempuhi segala dugaan, akhirnye aku lulus gak... kuikuikui...

Aku tak faham pada mulanye kenapa untuk mendapatkan pekerjaan sebagai PTD ni, banyak halangan yang perlu ditempuhi... start dengan exam, than ujian fizikal dan mental baru ada interview. cuba bayangkan, dah lulus ujian pada peringkat exam, dan dah bersusah payah untuk lulus pada peringkat PAC tapi, gagal masa interview... tak ke aku akan kecewa giler...? ntahla... apa yang boleh aku buat sekarangni, baca je apa yang patut...Sebab, PTD ni front line untuk semua jabatan dan kementerian kerajaan...jadi, kena orang yang betul2 layak je yang boleh memikul tanggungjawab ini...

semoga berjumpa lagi... hehehe... anak aku sekarang dah berumur 3 bulan 2 minggu.... sekejap je masa berlalu...

Lilypie - Personal pictureLilypie

Rabu, 1 Julai 2009

Haru biru....

Malam tadi, aku dgn papa memang agak merana... Fatin (Little Princess) ajak main2 sampai kul 3am... huhuhu...cian kitorang... dia tak mau baring plak tu... dia nak berdiri je... mungkin dia nak train kaki dia kot... dia kuat..dia boleh berdiri dah... mesti smua orang tak percaya umur dia baru je masuk 2 bulan...Tgk la muka dia tu...ada gaya nak tido ke...?



Sekarang ni, Fatin dah pandai gelak2 sikit... iyela, what we axpect from the 2month old baby... hehehe... apa ntah dia cakap, aku n papa dia memang tak faham..

Arini, aku banyak giler keje... sebab, esok aku cuti... balik kampung kat JB... dah lama tak balik dah... tgk senyuman Fatin dah boleh melegakan hati dan otak yang tengah serabut ni...

Rabu, 24 Jun 2009

Permulaan Baru...

Hi....

Today is my first day to write something in this blog... how do i start...? hurmmm...
ntahla... td terbaca blog adik, macam seronok je... ada tempat untuk meluahkan isi hati... then, aku pun terasa nak buat satu blog sendiri...

Actually, I just "release" from confinement period... huhuhu... tu yang kat tepi tu la my little princess... Fatin Hannani Mohd Nafie.. My first daughter... Masa tu, umur dia baru 1.5 month... Seronok dapat baby ni... penat, memangla penat... tapi, terubat biler tgk dia senyum....

Tak sangka baru 25 tahun dah ada anak... setakat ni, my life going smoothly... dah ada rumah sendiri, kereta sendiri, suami sendiri dan anak sendiri...semoga perjalanan hidupku berjalan lancar hendaknye untuk masa akan datang...

Next week nak kena gi PTD Assessment Centre Training... tak tau la ok ke tak... Ain bgtau mcm susah je... tak tau la...aku try je...smoga aku berjaya lepasi halangan ni dan halangan yang seterusnya agar aku dapat jadi Pegawai Kerajaan.